Thursday 17 November 2016

Aktiviti Menarik di Sini ( PULAU TIOMAN )

Aktiviti Menarik di Sini











Mandi di Air Terjun Asah di Kampung Mukut


Dari jeti, perjalanan yang singkat melalui hutan membawa anda kepada salah satu air terjun paling mengagumkan di Pulau Tioman. Kolam air sejuk pergunungan adalah tempat yang hebat untuk menyegarkan selepas berjalan. Di Tioman ada lagi 1 air terjun di Kg. Juara iaitu belakang Kg. Juara dan ada "Rock Fall" di Kg. Paya. Mana yang suka air terjun, jangan lepaskan peluang ini.. Air memang sejuk..Sesuai untuk "Picnic".

Snorkeling di Pulau Rengis


Ini salah satu destinasi "snorkeling" yang popular di Pulau Tioman. Di sini terkenal dengan "Coral" yang amat cantik sekali. Anda akan jumpa pelbagai jenis "Coral" yang mungkin anda tidak akan jumpa di pulau lain. Disini juga salah satu "Dive Spot" untuk anda yang menggemari aktiviti Diving. Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dengan "Coral" yang "Superb" disini. Pulau ini terletak berhadapan dengan Berjaya Tioman Resort. Pastikan anda memilih pakej yang akan "snorkeling" disini. 

Snorkeling di Pulau Tulai (Coral Island)


Macam tak percaya tempat ini di Tioman kan? Pulau ini juga tempat popular untuk aktiviti "Snorkeling" dan "Diving" di Pulau Tioman. Anda boleh bersantai dipersisiran pantai yang memutih dan jangan lupa bawa "camera" anda, kalau tak rugi yang amat sangat.

Pulau Tulai ini berada di utara-timur Pulau Tioman (kampung terdekat - Salang) dan terdapat banyak resort/chalet yang menyediakan pakej snorkeling disini. Jika tiada, anda boleh "request" dengan pihak resort untuk singgah disini. Lokasi ini memang sesuai untuk "picnic" dengan yang tersayang. sure Lentok habis..

Snorkeling di Taman Laut  Pulau Tioman


Pulau Tioman dan pulau-pulau kecil disini telah di zonkan sebagai taman laut demi menjaga ekosistem hidupan laut di sini. di Taman Laut ini adalah salah satu tempat WAJIB untuk aktiviti "Snorkeling"

Taman laut ini berada berdekatan dengan Kg. Tekek dan di Taman Laut ini anda akan di "Serang" orang ikan-ikan yang comel-comel dengan perlbagai warna. Jika tidak percaya, bawalah roti semasa "Snorkeling" anda akan lihat ikan-ikan yang pelbagai spesis akan mengerumuni anda dalam sekelip mata. Jangan lupa bawah "Underwater Camera", rakamkan memori indah anda disini. Kebanyakan resort yang anda menginap (sekiranya anda mengambil pakej) akan membawa anda untuk "Snorkeling" disini.

Snorkeling di Monkey Bay



Monkey Bay terletak di antara Salang dan Air Batang kampung di utara pulau itu. Dengan hamparan pantai berpasir putih dan air jernih kristal, maka tidak hairanlah bahawa ini adalah salah satu daripada tarikan popular Tioman. 

Agensi Pelancongan

Agensi Pelancongan di Pulau Tioman


Hubungi Kami :


Hubungi kami untuk tempahan, mendapatkan quotation atau jika anda ada pertanyaan.

Sila nyatakan:
1. Pakej yang anda berminat.
2. Tarikh percutian.
3. Bilangan pax (dewasa dan kanak-kanak).
Kami akan menghubungi anda dalam tempoh 24 jam.
Tel: 011-32952903
Fb : riadah.travel@yahoo.com


Tempat Menarik di Pulau Tioman :)

Tempat Menarik di Pulau Tioman



PULAU TULAI
Destinasi utama kepada pelancong yang menginap di Pulau Tioman. Lokasi sebelah utara Pulau Tioman dan mengambil masa dalam satu jam untuk sampai ke sini. Pantai yang putih dan menarik menyebabkan pelancong wajib datang ke sini. Aktiviti menyelam dan bernang selain bersantai di tepi pantai.

AIR TERJUN ASAH
Lokasi ini terletak di Selatan Pulau Tioman yang berhampiran dengan kampung Mukut. Menikmati pemandangan air terjun dengan air yang segar dari gunung.

PULAU RENGIS
Lokasi di tengah Pulau Tioman yang berhampiran dengan kampung Tekek. Lokasi ini sesuai untuk pengemar diving kerana anda dapat menikmati pemandangan dasar laut yang kaya dengan batu karang dan pelbagai spesis ikan. 

TURTLE SANTAURY
Di Pulau Tioman ini terdapat dua kawasan penetasan penyu iaitu di Kampung Juara dan Bunut (terletak bersebelahan dengan Berjaya beach resort). Jika anda ingin memperolehi pengetahuan lebih tentang pemeliharaan penyu anda saya syorkan anda melawat di Turtle Santuary di kampung Juara. Jika anda bertuah anda akan menikmati pengalaman melepaskan anak penyu ke laut.

GUNUNG NENEK SEMUKUT
Gunung nenek semukut ini terletak di Selatan Pulau Tioman. Keindahan gunung ini kelihatan seperti tanduk dan mempunyai sejarah dongeng orang disini. Kepada pengemar mendaki bukit bolehlah mencuba mendaki gunung nenek semukut.

GUNUNG KAJANG
Gunung ini merupakan tulang utama Pulau Tioman dan terletak di tengah Pulau ini. Peminat pengembaraan dalah hutan digalakan mencuba. Anda boleh melihat pelbagai faura dan fauna di pulau Tioman. 




MAKANAN

MAKANAN MENARIK DI 
                        PULAU TIOMAN

Udang Galah King Masak Sambal


Antara menu special di sini ialah Udang Galah King Masak Sambal Pedas . Banyak di jual di restoran restoran di sekitar sini dengan harga yang berpatutan. sangatlah rugi jika tidak mengambil peluang ini untuk mencuba menu special dari pulau ini.

Oyster Roll Spring



Ayam Golek Maklang Berjaya



Ini juga salah satu menu yang menarik di sini. Rasanya yang sangat enak dan sesuai untuk juadah seisi keluarga. Di jual di Kg. Berjaya sekitar jam 8 malam hingga 1 pagi. Di restoran Maklang Berjaya ini juga terdapat banyak menu menu lain spt seafood dan makanan panas yang lain daripada yang lain.



TEMPAT PENGINAPAN

TEMPAT PENGINAPAN





Teluk Sari Resort atau dulunya dikenali sebagai Bukit Tioman Villa, kini melalui perubahan dari segi bilangan bilik dan landskap dan ianya masih berterusan untuk kemudahan bakal-bakal pengunjung-pengunjung.

Terletak di kawasan Jalan Penyabung -Endau, berhampiran pantai dengan keluasan 2 ekar dikelilingi oleh dusun kelapa memberikan anda satu bentuk keunikan yang tersendiri. 
Perjalanan yang hanya memakan masa antara 25 ke 30 minit dari bandar Mersing.

Pemilik mengutamakan keadaan semulajadi bagi memenuhi kehendak kebanyakkan pengunjung yang rata-ratanya datang untuk berehat menikmati keindahan dan kedamaian ala desa @ kampung. Jauh dari hiruk pikuk kota




Panuba Inn Resort terletak di sebuah teluk persendirian, ke utara Pulau Tioman dengan di luar pantainya yang berpasir putih bersama hidupan laut menarik dan laut membiru.

( Panuba Inn Resort is located in a private Bay, to the North of Pulau Tioman with outside white sandy beaches with marine life and the sea floating on. )




Sun Beach Resort, terletak di Kampung Genting, Tioman.
Sebuah tempat yang benar-benar sangat menarik dan glamor untuk dilawati kerana pelancongan dan kemudahan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.


Peta Pulau Tioman

Peta Pulau Tioman
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau kedua terkenal di Malaysia dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam Rompin pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.
Pulau Tioman adalah dibuka sepanjang tahun. Pusat peranginan tidak akan ditutup bila hujung tahun. Untuk lebih tepat, Pulau Tioman adalah terletak di negeri Pahang.