Thursday, 17 November 2016

Tempat Menarik di Pulau Tioman :)

Tempat Menarik di Pulau Tioman



PULAU TULAI
Destinasi utama kepada pelancong yang menginap di Pulau Tioman. Lokasi sebelah utara Pulau Tioman dan mengambil masa dalam satu jam untuk sampai ke sini. Pantai yang putih dan menarik menyebabkan pelancong wajib datang ke sini. Aktiviti menyelam dan bernang selain bersantai di tepi pantai.

AIR TERJUN ASAH
Lokasi ini terletak di Selatan Pulau Tioman yang berhampiran dengan kampung Mukut. Menikmati pemandangan air terjun dengan air yang segar dari gunung.

PULAU RENGIS
Lokasi di tengah Pulau Tioman yang berhampiran dengan kampung Tekek. Lokasi ini sesuai untuk pengemar diving kerana anda dapat menikmati pemandangan dasar laut yang kaya dengan batu karang dan pelbagai spesis ikan. 

TURTLE SANTAURY
Di Pulau Tioman ini terdapat dua kawasan penetasan penyu iaitu di Kampung Juara dan Bunut (terletak bersebelahan dengan Berjaya beach resort). Jika anda ingin memperolehi pengetahuan lebih tentang pemeliharaan penyu anda saya syorkan anda melawat di Turtle Santuary di kampung Juara. Jika anda bertuah anda akan menikmati pengalaman melepaskan anak penyu ke laut.

GUNUNG NENEK SEMUKUT
Gunung nenek semukut ini terletak di Selatan Pulau Tioman. Keindahan gunung ini kelihatan seperti tanduk dan mempunyai sejarah dongeng orang disini. Kepada pengemar mendaki bukit bolehlah mencuba mendaki gunung nenek semukut.

GUNUNG KAJANG
Gunung ini merupakan tulang utama Pulau Tioman dan terletak di tengah Pulau ini. Peminat pengembaraan dalah hutan digalakan mencuba. Anda boleh melihat pelbagai faura dan fauna di pulau Tioman. 




No comments:

Post a Comment